2 syarikat tak diberi Sijil Pematuhan Syariah - Angkasa

  • 📰 hmetromy
  • ⏱ Reading Time:
  • 37 sec. here
  • 2 min. at publisher
  • 📊 Quality Score:
  • News: 18%
  • Publisher: 51%

Finance Finance Headlines News

Finance Finance Latest News,Finance Finance Headlines

KualaLumpur Angkatan Koperasi Kebangsaan Malaysia Berhad (Angkasa) menafikan pengiktirafan Sijil Pematuhan Syariah diberi kepada dua syarikat iaitu KMA Trading Sdn Bhd dan Hijarath Traders Sdn Bhd.

Bahagian Komunikasi Korporat Angkasa menerusi satu kenyataan hari ini, berkata semakan dilakukan mendapati syarikat berkenaan tidak pernah tersenarai sebagai penerima sijil pematuhan itu."Angkasa menerusi Jawatankuasa Syariah menerima lantikan rasmi daripada Suruhanjaya Koperasi Malaysia sebagai konsultan syariah luaran koperasi di bawah GP28, Bahagian B, No 5 bermula Mac 2017.

"Berdasarkan kepada garis panduan yang diberikan SKM, Angkasa hanya memberikan perkhidmatan pematuhan syariah dan mengeluarkan Sijil Pematuhan Syariah kepada produk, aktiviti mahupun transaksi koperasi, anak syarikat koperasi atau syarikat yang ada hubungan dengan koperasi berkaitan produk, aktiviti atau transaksi koperasi sahaja," kata kenyataan itu.

Untuk itu, pengguna dinasihatkan menyemak kesahihan Sijil Pematuhan Syariah yang dipaparkan oleh organisasi tertentu. Pengguna boleh menghubungi Unit Pematuhan Syariah, Bahagian Pengurusan dan Pembangunan Syariah Angkasa di talian 03-78846613 bagi mendapatkan maklumat dan membuat semakan mengenai pengiktirafan Sijil Pematuhan Syariah Angkasa.

 

Thank you for your comment. Your comment will be published after being reviewed.
Please try again later.
We have summarized this news so that you can read it quickly. If you are interested in the news, you can read the full text here. Read more:

 /  🏆 26. in FİNANCE

Finance Finance Latest News, Finance Finance Headlines