Azmin: Malaysia bincang kerjasama strategik Khazanah dengan Mubadala Investment UAE

  • 📰 fmtoday
  • ⏱ Reading Time:
  • 70 sec. here
  • 3 min. at publisher
  • 📊 Quality Score:
  • News: 31%
  • Publisher: 72%

Finance Finance Headlines News

Finance Finance Latest News,Finance Finance Headlines

Mubadala Investment Company adalah dana kekayaan kerajaan Emiriyah Arab Bersatu. FMTNews

Menteri Hal Ehwal Ekonomi Mohamed Azmin Ali berkata, perbincangan akan diadakan bagi menubuhkan satu jawatankuasa bersama dengan UAE bagi meningkatkan pelaburan antara kedua-dua negara.

KUALA LUMPUR,: Menteri Hal Ehwal Ekonomi Mohamed Azmin Ali berkata, perbincangan mengenai potensi usaha sama strategik antara Khazanah Nasional Bhd dan Mubadala Investment Company, berlangsung semasa beliau mengadap Putera Mahkota Abu Dhabi, Sheikh Mohamed bin Zayed Al Nahyan. “Perbincangan yang produktif bersama Yang Teramat Mulia Sheikh Mohamed bin Zayed Al Nahyan mengenai potensi usaha sama strategik antara Khazanah Nasional Berhad dan Mubadala Investment Company mengenai industri infrastrukur dan strategik bagi mewujudkan kemakmuran untuk manfaat kedua-dua negara,” kata Azmin dalam tweetnya.Sheikh Mohamed bin Zayed Al Nahyan juga ialah timbalan komandan tertinggi Angkatan Bersenjata Emiriah Arab Bersatu .

Azmin berkata, perbincangan akan diadakan bagi penubuhan Jawatankuasa Bersama bagi meningkatkan pelaburan antara kedua-dua negara.“JIC bertujuan memanfaatkan potensi kerjasama ekonomi sepenuhnya antara Malaysia dan UAE dalam pelbagai sektor, termasuk tenaga, minyak dan gas, infrastruktur dan pelancongan,” kata Azmin yang mengetuai delegasi Malaysia pada Rundingan Meja Bulat Tenaga Asia Ke-8 dan Kongres Tenaga Dunia ke-24 di Abu Dhabi.

“UAE ialah rakan dagang terbesar Malaysia di Timur Tengah, dan kami teruja dengan potensi ekonomi menerusi pelaburan yang memberi manfaat bersama menerusi JIC. Potensinya tiada had dan boleh dimajukan bersama,” katanya.

 

Thank you for your comment. Your comment will be published after being reviewed.
Please try again later.
We have summarized this news so that you can read it quickly. If you are interested in the news, you can read the full text here. Read more:

 /  🏆 5. in FİNANCE

Finance Finance Latest News, Finance Finance Headlines

Similar News:You can also read news stories similar to this one that we have collected from other news sources.

Azmin in UAE for energy meet | The Malaysian InsightHe is expected to further investment opportunities between two countries.
Source: msianinsight - 🏆 8. / 63 Read more »